Pages

Disable Right Click

24 January 2011

Taman Rekreasi dan Mini Zoo, Kemaman.

Salam buat semua,

Pada hari Ahad yang lalu, M  dan keluarga telah pergi ke Kemaman untuk mengambil ibu mertua di sana. Di kesempatan yang ada, M sempat melencong untuk membuat sedikit aktiviti rickie iaitu ke Taman Rekreasi dan Mini Zoo, Kemaman. ( 'hehe, jangan marah ye..' )

Beberapa hari sebelum pergi, M ada buat home work sket. Macam biasa tanya pakcik google. Jalan nak menghala ke sana. Namun agak kecewa, kerana carian yang M dapat tidak memuaskan hati.  Mungkin belum dimasukan ke dalam data base dia orang kot. Teringat pulak akan PA M.. personal assistance, haha.. mcm bos pulak.. M pon terus capai nokia 5730xm sy, dan launch PA M iaitu cik Garmin. hihi.. Hasil yang diperolehi.. sangat mantap!. So, M pun kenal pasti laluan yang bakal tempohi.





M berharap dengan ada info hasil rickie yang telah buat, dapat memberi gambaran buat sesiapa sahaja yang ingin turut merasai pengalaman yang telah M lalui.

Sedikit kelebihan buat orang Kuantan, kerana M berasal dari sana. So, perjalanan yang M lalui pasti hampir sama ;).
M & Keluarga bertolak dari rumah kira² jam 9.30 pagi. Tempat pertama yang kami tujui, adalah tempat makan pagi kegemaran kami. Agak lama juga tidak berkunjung ke sana, selepas berpindah ke rumah sendiri di Taman Guru IV.




Ini lah dia, tempat makan yang M rasa tidak asing lagi buat penduduk Kuantan, Astaka Satelit yang terletak di Beserah. Sekiranya M mempunyai urusan yang menghala ke Terengganu, untuk makan pagi, pasti sy berhenti di sini. 

"hai, lama tak nampak... Masih anak sorang lagi?" 

Antara perbualan sy dengan akak yang menjual  di situ. Hahaha..

Sesudah makan, kami pun mula kan perjalanan ke destinasi. Jam di tangan M tepat menunjukkan jam 10.20pagi. Perjalanan sy agak ringkas dan santai. Tidak ada apa yang perlu dikejarkan. Sy memandu sekitar 80-90km/j. 
Sempat isteri sy pesan kepada anak kami, 

"hanis, kalau mengantuk tidur dulu.." 

Hasilnya, dia tak tidur pun, excited nak jumpa wan besar dia.

Setelah 1jam perjalanan, kami pun tiba di tempat yang tuju. Taman Rekreasi dan Mini Zoo(M short form kan kepada TRMZ) ini terletak dalam 9km dari Bandar Kemaman.





Sempat M berposing di bawah sign board TRMZ nie..hehe.. Buat kenangan.. Alhamdulillah, cuaca sangat baik. Tak lah panas sangat.. kira sesuai gitu.. hehe





Begini lah rupa pintu masuk utama TRMZ



Ini pula kaunter tiket. Orang tak ramai. Nak tanya lebih² kat brother kaunter depan pun senang. Maklum ler, first time datang. Selain tuh, brother tuh memang mesra dan sporting dengan pertanyaan sy.



Kini TRMZ sedang buat promosi. Harga tiket seperti mana di atas.. yang kaler hijau tuh..
Setelah membayar RM 14.00 ( utk dewasa = 2 org ; anak M F.O.C, hihi), kami pun masuk ke dalam taman. Bagi mereka yang membawa kamera video, dikenakan caj RM10. 

Tapi, sehingga lawatan M, masih belum dikuatkuasakan. Mungkin selepas ini..

Traktor
Pihak TRMZ ada menyediakan pengangkutan untuk ke dalam. Tapi ada jadual la.. selang beberapa tempoh yang ditetapkan. Kalau nak badan sehat, jalan kaki pun boleh..hehe. 

M rekemen, naik la traktor ni. Sbb kat dalam taman nanti, banyak tempat nak jalan.. best choice! haha. Anak M pun suka! Selain traktor, ade juga bas...mcm kat bawah nie.


Buggy Bus


Setelah turun dari traktor tuh, M mula melihat keadaan sekitar terlebih dahulu. Memang sesuai dengan namanya.. taman rekreasi dan mini zoo. Jom skodeng..hahaha



Tarikan utama TRMZ.. Ikan kelisa gergasi!
Perkara pertama yang dibuat adalah, melihat ikan kelisa gergasi ini. Memang besar.. seram tp seronok tengok.. hik3.. Terdapat 3 kolam. 1 yang menempatkan 2 ekor ikan kelisa gergasi. 2 lagi, untuk ikan yg saiz sedang. Termasuk juga kelisa.


 
Jambatan gantung
"Papa, kenapa jambatan ni gantung?" 

Antara soalan yang perlu dijawab dari anak M yang semakin petah bercakap. Jambatan ini bukan mcm yang biasa.. yang biasa mcm point A-B sahaja. Tapi yang ini, panjang dan bercabang. Nak lebih details, kena datang sini kay..



eh.. ape maybank buat kat sini.. hehehe
Kami naik lagi jambatan gantung. Kali ini lebih tinggi. Sy agak 2 tingkat bangunan kot. Jambatan gantung ini, cross kandang pak belang. 

Ada 2 ekor. 2-2 ekor tuh tidur.. Kira nyer wrong timing la nie.. tak dapat la nak tengok aksi dia.


angsa putih
Seronok sy melihat angasa putih. Ianya mengingatkan kembali saat M ketika kecil, kena kejar dek angsa peliharaan sendiri.. haha..

Sang buaya

Ini pula sang buaya.  M sempat difahamkan oleh penjaga di situ. Ianya baru sampai. Manakala kandang yang digunakan sekarang adalah untuk sementara sahaja. Buaya² ini ditempatkan di dalam sangkar bunga orkid.


nampak tak ?
Ini pula sang ular. Yang menarik ialah kepala salah seekor ular tersebut berwarna ungu. Pernah tengok tak ??

taman orkid
Bagi peminat bunga orkid pula, boleh la melihat dengan lebih dekat. Ketika lawatan sy, tak banyak yang berbunga. Mungkin bukan musim kot.. orkid ade musim ke? haha.. Sy kurang arif pasal bunga. Ade beberapa jenis orkid, ini adalah antara yang sempat sy rakam.



Taman permainan
Gembira betul bile anak sy melihat taman permainan ini. Kemudahan seperti ini seperti memberi boost energy kepada anak sy untuk terus ceria dan gembira di dalam taman ini. Sy pasti anak sesiapa pun pasti teruja juga kan.




Kolam renang
Kolam mandi ini, sesuai untuk yang berumur 6 tahun ke atas. Nak mandi kat kolam nie. harga tiket lain. Kedalaman kolam ini dalam 4 kaki. Walaubagaimana sekali pun, perhatian dari orang dewasa sangat perlu, okey.


Taman tema air
Ini lah taman tema air. Syarat yang dikenakan adalah untuk kanak² yang berusia 5 tahun ke atas.. termasuk la juga papa kanak² tersebut. Anak sy gembira bila tengok air. Namun apa kan daya.. dia baru berumur 4 tahun tahun ini.. Pesan sy "Lain kali ye sayang..."


Sliding dalam hutan. Cool tak ? haha
Memandangkan anak sy tidak dapat mandi, maka sy pun hanya dapat melihat. Geram jugak melihat sliding² tuh. Macam memanggil² aje. Teringat mcm kat Bukit Gambang. hahaha.


Ada wakaf berehat
Ketika sy di sini, suasana memang aman. Kalau sy mandi, memang hanya kami sahaja yang ada. Best tak? tak payah beratur ramai²..


Sangkar Burung
Kemudian kami ke bahagian burung. Di sini sy boleh melihat beberapa jenis burung yang ade seperti burang hantu, merak, puyuh, nuri.. dan ade juga yang sy tak pernah tengok.



Hari mesra burung kak tua.. hahaha
Ini pula ketika kami berehat di hadapan kedai mini. Ketika sampai, turun dari traktor, memang tak perasan kehadiran burung kakak tua ini. Bila keluar dari taman, baru nampak.


Sy pon nak bermesra jugak. haha
Sy pun tidak melepaskan peluang juga. Nampak tak rupa anak sy? hihi..


Anak Beruang
Selepas melayan si burung kakak tua, penjaga kepada beruang pun sampai ke tempat rehat kami. Di kesempatan yang ade, kami dibenarkan bermain bersama anak beruang ini. Menurut penjaga di sini, anak beruang ini sangat manja. Percaya tak ?



Semasa sy dan keluarga beristirehat, kebetulan salah seorang staf TRMZ juga berada di tempat yang sama. Entah bagaimana boleh berborak dengan dia. Macam dah kenal lama. So, banyak jugak cerita yang dapat kami dengar yang dikongsikan oleh beliau. Terima kaseh bro Pawi. Ada masa kita bertemu lagi.. eh,mcm pantun 2 kerat aje. haha..


Tony
Sebelum kami keluar, sempat membuat pit stop terakhir.. iaitu bersama Tony, si burung tiong. Pandai bercakap.. maksud sy mengajuk cakap orang..


Antara kemudahan lain yang terdapat di dalam TRMZ ini ialah sebuah surau untuk menunaikan solat dan juga bilik air. Ianya sangat kemas dan bersih =)

Setelah puas berjalan di dalam TRMZ, maka tiba sudah masa untuk pulang.. ops,bukan pulang. Masa untuk pergi mengambil ibu mertua sy, sepertimana sy maklumkan di awal tadi.

Ketika perjalanan pulang ke Kuantan, ibu mertua sy ingin makan sebentar. Oleh itu sy pun singgah sebentar cari makan.


Warong Aziz Satar
Satar dan Otak-Otak




Sy singgah di tempat yang menjadi kegemaran kami.. Warong Aziz Satar. Bukan aziz satar pelakon itu.. Mesti dah terfikir "abang ajis" nie..hehe.. Aziz satar ini bermaksud.. satar dan otak-otak. Di warong ini, bile pelanggan sampai sahaja, mereka akan terus hidangkan 3 serangkai.. iaitu, satar, otak-otak dan pulut bakar/ketupat. Kalau tak makan, biarkan aje ianya di situ. Mereka akan kira apa yang kita makan sahaja. Dan sy, pilih nasi ayam.. mudah aje kan. Yang menarik, cube tengok pinggan tuh... besar punyer kan.. Sememang nyer menjadi standardise mereka, menggunakan pinggan besar untuk pelanggan mereka. Kire daya penarik. Ketika kami makan, datang sekumpulan motor² besar, turut makan di situ..

Dan penutup entri sy pada kali ini adalah ...


Sy Mesti Pilih.. hahaha

Cendul Campur Ais Krim di Kuantan

Sehingga kita bertemu lagi.. TRIMAS ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...