Salam Semua,
Pada hari sabtu yang lepas, sy telah membawa keluarga sy pergi menonton wayang. Buat pertama kalinya, sy membawa anak kami, Hanis turut serta. Filem yang sy pilih adalah Kungfu Panda 2. Sy pilih filem ini, kerana anak sy telah menonton filem pertama yang siri yang sama, tetapi hanya melalui DVD sahaja. Oleh itu,dari kesinambungan citer yang dia tonton melalui DVD, sy ingin membawa dia melihat wayang..
screen besar punya.. hehe
Sebelum tiba ke hari tayangan, sy telah membuat sedikit carian info mengenai filem kungfu panda 2 nie.. Carian terbaek yang sy perolehi adalah dari laman web GSC itu sendiri.. antara info yang sy perolehi.. saksikan..
Release Date: 26 May 2011
Language: English
Subtitle: English / Chinese
Genre: Animation
Running Time: 1 Hour 30 Minutes
Director: Jennifer Yuh
Cast: Jack Black, Angelina Jolie, Dustin Hoffman, Seth Rogen, Jackie Chan
Synopsis: From the studio that brought you "Shrek," "Madagascar" and "Kung Fu Panda." Po is now living his dream as The Dragon Warrior, protecting the Valley of Peace alongside his friends and fellow kung fu masters, The Furious Five - Tigress, Crane, Mantis, Viper and Monkey. But Po's awesome new life is threatened by the emergence of a formidable villain, who plans to use a secret, unstoppable weapon to conquer China and destroy kung fu. It is up to Po and The Furious Five to journey across China to face this threat and vanquish it. But how can Po stop a weapon that can stop kung fu? He must look to his past and uncover the secrets of his mysterious origins; only then will he be able to unlock the strength he needs to succeed.
Dari info di atas, sy dapati tayang mengambil masa dalam 1 1/2 jam. So, sy rasa tempoh sebegitu, anak sy pastinya tidak menimbulkan sebarang kerenah..(harap² laa.. )
Memandangan filem yang ingin sy tonton sudah dipilih, sy mengkaji tarikh dan masa yang sesuai untuk pergi menonton. Seperti yang sy maklumkan di awal tadi, sy telah pun menonton pada hari sabtu, di mana bersamaan 04 JUN 2011 dan masa tayangan sudah pun sy tetapkan. Tetapi sy kongsikan cara sy.
Untuk pengetahuan semua, sy telah lama menjadi ahli GSC. Memudahkan untuk sy melihat dan membuat sebarang tempahan jika ingin menonton, kecuali ianya bukan dirancang, maka terpaksalah sy beratur.
Ini adalah
screen shot dari lama web GSC.. tarikhnya agak berlainan, kerana ketika sy membuat tempahan, sy tidak membuat
print screen untuk disimpan. Sy ulang proses yang telah sy buat, untuk sy kongsi kan bersama.
Setelah memilih tarikh dan masa, sy hanya perlu klik next sahaja.
Sekiranya anda membuat tempahan melalui telefon atau secara online, pasti ada
booking fee. Walau bagaimana pun, sebagai peminat GSC yang boleh dikategorikan sebagai low, sy rasa
fee yang dikenakan agak berpatutan. Kalau anda seorang hardcore GSC, mungkin tempahan secara online perlu anda fikir semula.
Sy memilih cara ini, kerana ketika sy bekerja di Kuala Lumpur suatu masa dulu, beratur adalah sesuatu yang sangat tidak digemari oleh sy. Sy pasti anda sendiri pernah melihat suasan di GSC MidValley kan. Manakan tidak, jika filem yang hot, barisan di hadapan kaunter pasti panjang. Namun ketika itu, sy memilih tempahan melalui telefon lebih mudah.. kerana hanya terus ke kaunter express/reservation. Seingat sy,
booking fee ketika itu, adalah RM 1.00. Itupun kadar 6-7tahun dahulu.
Dan antara kelebihan secara online, kita boleh memilih seat mengikut kesukaan kita. Wow, best kan. Kalau di MidValley, pasti couple seat adalah yang paling hot.. hahaha.. ataupun golden seat (sy teringin nak cuba yg ini, tp tak kesampaian..harganya amatlah tinggi). Jom kita lihat bagaimana rupa untuk kita memilih seat. Di GSC MegaMall Kuantan, tidak ada seat couple okey, harap maklum..
Sekarang lihat, seat yang telah sy kotakkan itu, adalah seat pilihan sy dan keluarga sy. Kita boleh memilih mana² seat yang kita suka, klik sahaja, dan ianya bertukar menjadi hijau. "R" yang adalah di dalam itu, telah diwartakan untuk 'reserve'.. Mungkin untuk tempahan telefon ataupun untuk pemegang kad visa EON Credit Card-GSC.
Keadaan di atas gambaran situasi pada mlm sebelum hari tayangan.. Namun, ketika sy dan keluarga berada di dalam pawagam, keadaan amat penuh sekali dan sesak. Dan sy, gembira kerana pasti tidak akan ada masalah tempat duduk serta tiket. ;)
Seperti yang sy katakan, ini pengalaman pertama anak kami, melihat wayang.. semestinya sy tidak mahu dia terganggu atau menimbulkan kerenah. Isteri sy, telah memberitahu dari rumah dan sentiasa mengingatkan dia, supaya berkelakuan baik semasa menonton nanti.
Selain itu, sy pasti kan anak kami, kenyangan dan bebas dari tandas.. hehehe. Untuk mengisi kekosongan perut, sy memilih Aidas nasi ayam, yang mana sy fikir tentu anda sendiri mengetahui tempat itu kan. Ianya mudah dan dekat dengan GSC itu sendiri, maka tidak perlu la sy terkejar² nanti.
Tayangan sy adalah jam 2.10PM. Maka sekitar jam 2.00PM, sy dan keluarga telah pun berada di hadapan laluan masuk hall gsc. Penjaga di situ, memaklumkan bahawa penonton dibenarkan masuk 5 minit sebelum tanyan bermula. Anak sy pula..
"Papa, bile nak masuk nie..?".. Jawapan sy,
"Hanis kena sabar, kan hanis cakap sabar itu sebahagian daripada iman..". Maka dia pun kembali tenang dan menghiburkan hati melihat poster² besar yang ada di situ.. antara yang menarik perhatian dia adalah.. TRANSFORMER.. hahaha..
Setelah tiba masanya, kami pun dibenarkan masuk ke dalam. Filem sy, di tempatkan di Hall 3, manakala, seat pula adalah E7,E8,E9.. nombor 7 tidak ditinggalkan..hehehe.
Setelah cerita bermula, anak sy kelihatan
excited sebab melihat
screen yang sangat besar gitu.. sekali sekala, sy pandang dia, dan dia semula lebar kepada sy semula.. Sy berkata
"senang hati dan gembira anak papa nie".. kata dalam hati aje. Setelah berlalu seketika, sy lihat dia seperti tidak selesa, disebabkan kerusi yang mudah sangat nak terlipat itu.. Sy dan isteri cuba untuk menjadikan dia selesa. Ada juga kalanya, dia hendak berdiri dihadapan kerusi...pasti tidak boleh sekali, kesian kat org belakang. Dan akhirnya dia baring di atas sy.. Mungkin dier mengantuk kot.. lagipun perut dah kenyang, air cond pulak tuh.. hahaha.
Lepas seketika, dia kembali duduk di kerusi dia. Sekali sekala bercakap dengan mama dia.
"Hanis, tengok kartun tak boleh cakap² kan..". Antara yang sempat sy dengar. Dia pun kembali menghayati filem kungfu panda 2 dan terhibur apabila ketika aksi yang melucukan.
Ketika asyik melayan aksi si PO di screen.. ketika babak yang begitu sunyi.. sy terdengar..
"Mama, bila nak balik nie..?".. haa.. sapa yang cakap mcm tuh? Rupa²nya, anak sy yang bercakap.. hahaha..sabar je lah.. Namun dia kembali tenang setelah dipujuk oleh mama dia.
Akhirnya, tamat sudah tayang yang kami tonton. Dan anak kami pun menimba satu pengalaman pengalaman baru.
Dan komen sy tentang kungfu panda 2. Ianya sangat terhibur. Tidak menghampakan.. dengan aksi lucu dan bertenaga, Kalau dikira melalui bintang.. sy beri 4 of 5.. Tak sabar tunggu kungfu panda 3.. ;)
Sampai kita bertemu lagi... TRIMAS ;)