Pages

Disable Right Click

24 June 2011

De Rhu Beach Resort

Salam semua, bertemu lagi.

Pada 21-22 JUN 2011 yang lalu, sy telah diarah untuk menghadiri satu bengkel yang bertajuk Pengurusan Kewangan. Namun begitu, sy tidak mahu bercerita mengenai bengkel itu, apa yang ingin sy kongsikan adalah pengalaman berada di sana iaitu De Rhu Beach Resort. Mungkin di antara anda, ada yang sudah ke sana atau mungkin juga belum. Harap dengan apa yang sy kongsikan di sini, dapat memberi gambaran kepada anda semua.

Gambaran Bilik Dari Arah Pintu Masuk

Gambaran Bilik Dari Arah Tingkap

Pandangan Dari Tingkap Bilik
Kelengkap Bilik Mandi
Bilik Yang Disediakan Untuk Dijadikan Kelas/Bengkel/Seminar
Hotel Cafe
Hotel Cafe
Buffet Lunch




Masih terdapat beberapa bahagian yang tak sempat sy rakam. Terutamanya kolam mandi. Kolam mandi di sini merupakan tarikan palling utama kerana ianya merupakan kolam yang terpanjang di pantai timur. Ketika sy di sana, kolam ini sedang dibaikpulih untuk keselesaan yang lebih baik. Namun begitu, sy serta gambar kolam tersebut ketika kunjung sy yang terdahulu...




Sy pasti ada kembali ke sini, kerana mandi di sini sangat best jika di bandingkan mandi di Awana Kijal. Dan untuk itu, sy pasti akan paparkan gambar² yang terkini..

Sekian, trimas ;)

13 June 2011

Berkelah Di Kuala Kenau, Sungai Lembing

Salam semua,

Semuanya bermula dari sini...


Sahabat baik saya telah "pm" saya melalui akaun FaceBook(FB). Setelah melihat kalendar saya. "Cantek, tak ade apa aktiviti.. line clear".. detik hati saya. Tanpa berlengah lagi, saya pun terus lock kalender saya dan terus mewujudkan 1 event di dalam FB saya...


Setelah dipersetujui, aktiviti berkelah ini akan diadakan pada 12 JUN 2011 iaitu bersamaan dengan hari ahad.

7.30 pagi - Berkumpul di hadapan Kolej Shah Putra.
8.00 pagi - Bertolak ke lokasi.

Secara amnya, kami akan membawa bekalan untuk keluarga masing², dan kami pastikan ianya bukan makanan yang sama.

Dan setelah tiba harinya...

Saya dan isteri telah pun bangkit sekitar jam 5.30pagi. Isteri saya telah pun merancang untuk memasak mee hoon goreng. Manakala saya akan menyediakan roti sandwich sebagai makanan tambahan. Sekitar jam 6.15pagi, kami pun telah menyiapkan tugasan masing-masing lalu terus menyiapkan diri serta menunaikan solat subuh.

Setelah itu, saya mula memasukkan barang bekalan ke dalam bonet kereta. Mee hoon goreng, sandwich, air masak/sirap gula, air soda, tikar dan beg pakaian. Apabila selesai sahaja, saya mula memanaskan enjin kereta. Setelah memastikan keadaan rumah selamat untuk ditinggalkan, saya pun mengejutkan anak kami, "Hanis,bangunan sayang..nak pergi mandi tak". Alhamdulillah, tak la sukar sangat. Memang menjadi amalan kami, sebelum tidur, kami telah memesan kepada dia, yang esok dia perlu bangun awal kerana kami akan pergi berkelah. Memandang keadaan masih pagi, dan aktiviti pun adalah berkelah, isteri saya hanya menyuruh hanis menukarkan baju tidur dia kepada baju mandi.

Tepat kan 7.20pagi, kami pun mula bertolak ke lokasi pertemuaan, iaitu di hadapan Kolej Shah Putra. Kami pun selamat tiba sekitar jam 7.30pagi.


Memandangkan awal lagi, saya pun melepak bersama keluarga saya di hadapan Kolej SP ini. "Papa, jom masuk dalam.." antara celoteh anak saya bila dia melihat bahagian lobby kolej SP itu..



Gambar di atas adalah hasil kerja anak saya ketika mengambil gambar kami. "Hanis, manenyer muke papa".. Dia hanya senyum ketawa dan cuba sekali lagi dan akhirnya dia berjaya..

Jam 7.50pagi, sahabat saya Amirul AR telah pun sampai di tempat pertemuan kami. Dia mohon maaf kerana dia pergi membeli air batu terlebih dahulu. Dan masa masih berbaki 10minit lagi, kami menantikan rakan² lain yang telah bersetuju untuk menyertai berdasarkan respon di dalam FB. Setelah jam 8.00 pagi, tiada di antara mereka yang hadir. Maka kami mengambil keputusan untuk bergerak terus.

Mungkin ramai di antara mereka yang melihat aksi perlawanan bola sepak akhir di antara pasukan Terengganu bertemu Kelantan. Perlawanan tersebut telah mengambil masa yang lama dan berakhir dengan keputusan berpihak kepada pasukan Terengganu. Jadi, mungkin ada di antara mereka tidak cukup tidur. Memandang aktiviti ini adalah secara santai dan tidak secara paksa, kami sudah menjangkan perkara² sebegini akan terjadi. Dengan itu, tak de la mood kami terjejas sangat kan..hehehe

Di ketika perjalanan kami, masih terdapat barang yang tertinggal. Maka kami pun berhenti untuk membelinya. Di kesempatan itu, sempat juga saya merakamkan gambar Gunung Charas...



Berpandukan panduan yang telah kami perolehi, kami pun meneruskan perjalanan kami. Terdapat 2 lokasi untuk aktiviti berkelah di kuala kenau ini. Yang menjadi tumpuan orang ramai adalah lokasi pertama selepas merentasi jambatan kayu atau lebih dikenali sebagai pengkalan kubor. Dan 1 lagi lokasi yang kurang diketahui orang ramai iaitu sungai mas. Namun begitu, lokasi sungai mas berkenaan mula disedari oleh segilintir daripada mereka.


Bergerak dari lokasi pertama, saya membawa sahabat saya ke lokasi pilihan iaitu sungai mas. Sepanjang perjalanan itu, saya dapat rasakan yang sahabat saya mengalami perasaan yang berdebar. Masakan tidak, perjalanan kenderaan kami adalah sangat perlahan, jalan pula ada yang turun ada yang naik, dari jalan berturap hingga ke jalan berbatu dan paling menarik, merentasi penempatan orang asli.

Pastikan anda melihat signboard ini. Ianya perlu, untuk memastikan anda berada di laluan yang betul..


Ya, betul. Kami menuju ke Empangan Chereh. Setelah sampai di lokasi berkenaan, kami pun meninjau keadaan sekitar. Agak mengecewakan saya, kerana lokasi pot yang menjadi pilihan saya telah pun diduduki orang. Maka, saya pun perlu membuat perubahan, dan kami pun membuat tinjau sekitar kawasan tersebut. Kawasan yang kami perlukan adalah selesa dan selamat untuk anak² kami bermandi manda. Dan akhirnya kami berjaya mendapatkan lokasi tersebut.

Tanpa berlengah lagi, kami mula parking kereta dengan selesa dan terus membawa keluar barang² bekalan kami.


Lokasi ini adalah memang terbaek yang saya rasakan.


Itu lah jambatan yang menuju ke Empangan Chereh. Namun kami hanya setengah jalan. Cukup hanya di bawah jambatan..hahaha..

Sahabat saya mula tugasan beliau iaitu membakar bbq..



dan saya pula membersihkan bekalan yang dibawa menggunakan air sungai yang bersih lagi sejuk.. hehehe..


Sementara menantikan ayam dimasak, kami menjamu selera dengan bekalan yang kami bawa seperti mee hoon goreng, sandwich, pulut bakar, karipap dan nasi.





Memang menyelerakan.. disurami bunyi air  sungai yang mengalir. Sambil² membakar, aktiviti manda pun mula beroperasi..






Bila dah penat.. kami pun berhenti untuk mengisi 'minyak'.. hehehe




Bila dah terisi.. apa lagi,kami pun sambung kembali.. hehehe..






Sekian, TRIMAS .. ;)

06 June 2011

Pertama Kali Ke Cinema

Salam Semua,

Pada hari sabtu yang lepas, sy telah membawa keluarga sy pergi menonton wayang. Buat pertama kalinya, sy membawa anak kami, Hanis turut serta. Filem yang sy pilih adalah Kungfu Panda 2. Sy pilih filem ini, kerana anak sy telah menonton filem pertama yang siri yang sama, tetapi hanya melalui DVD sahaja. Oleh itu,dari kesinambungan citer yang dia tonton melalui DVD, sy ingin membawa dia melihat wayang.. screen besar punya.. hehe

Sebelum tiba ke hari tayangan, sy telah membuat sedikit carian info mengenai filem kungfu panda 2 nie.. Carian terbaek yang sy perolehi adalah dari laman web GSC itu sendiri.. antara info yang sy perolehi.. saksikan..



Release Date: 26 May 2011
Language: English
Subtitle: English / Chinese
Genre: Animation
Running Time: 1 Hour 30 Minutes
Director: Jennifer Yuh
Cast: Jack Black, Angelina Jolie, Dustin Hoffman, Seth Rogen, Jackie Chan

Synopsis: From the studio that brought you "Shrek," "Madagascar" and "Kung Fu Panda." Po is now living his dream as The Dragon Warrior, protecting the Valley of Peace alongside his friends and fellow kung fu masters, The Furious Five - Tigress, Crane, Mantis, Viper and Monkey. But Po's awesome new life is threatened by the emergence of a formidable villain, who plans to use a secret, unstoppable weapon to conquer China and destroy kung fu. It is up to Po and The Furious Five to journey across China to face this threat and vanquish it. But how can Po stop a weapon that can stop kung fu? He must look to his past and uncover the secrets of his mysterious origins; only then will he be able to unlock the strength he needs to succeed.

Dari info di atas, sy dapati tayang mengambil masa dalam 1 1/2 jam. So, sy rasa tempoh sebegitu, anak sy pastinya tidak menimbulkan sebarang kerenah..(harap² laa.. )

Memandangan filem yang ingin sy tonton sudah dipilih, sy mengkaji tarikh dan masa yang sesuai untuk pergi menonton. Seperti yang sy maklumkan di awal tadi, sy telah pun menonton pada hari sabtu, di mana bersamaan 04 JUN 2011 dan masa tayangan sudah pun sy tetapkan. Tetapi sy kongsikan cara sy.

Untuk pengetahuan semua, sy telah lama menjadi ahli GSC. Memudahkan untuk sy melihat dan membuat sebarang tempahan jika ingin menonton, kecuali ianya bukan dirancang, maka terpaksalah sy beratur.

Ini adalah screen shot dari lama web GSC.. tarikhnya agak berlainan, kerana ketika sy membuat tempahan, sy tidak membuat print screen untuk disimpan. Sy ulang proses yang telah sy buat, untuk sy kongsi kan bersama.


Setelah memilih tarikh dan masa, sy hanya perlu klik next sahaja.


Sekiranya anda membuat tempahan melalui telefon atau secara online, pasti ada booking fee. Walau bagaimana pun, sebagai peminat GSC yang boleh dikategorikan sebagai low, sy rasa fee yang dikenakan agak berpatutan. Kalau anda seorang hardcore GSC, mungkin tempahan secara online perlu anda fikir semula.

Sy memilih cara ini, kerana ketika sy bekerja di Kuala Lumpur suatu masa dulu, beratur adalah sesuatu yang sangat tidak digemari oleh sy. Sy pasti anda sendiri pernah melihat suasan di GSC MidValley kan. Manakan tidak, jika filem yang hot, barisan di hadapan kaunter pasti panjang. Namun ketika itu, sy memilih tempahan melalui telefon lebih mudah.. kerana hanya terus ke kaunter express/reservation. Seingat sy, booking fee ketika itu, adalah RM 1.00. Itupun kadar 6-7tahun dahulu.

Dan antara kelebihan secara online, kita boleh memilih seat mengikut kesukaan kita. Wow, best kan. Kalau di MidValley, pasti couple seat adalah yang paling hot.. hahaha.. ataupun golden seat (sy teringin nak cuba yg ini, tp tak kesampaian..harganya amatlah tinggi). Jom kita lihat bagaimana rupa untuk kita memilih seat. Di GSC MegaMall Kuantan, tidak ada seat couple okey, harap maklum..


Sekarang lihat, seat yang telah sy kotakkan itu, adalah seat pilihan sy dan keluarga sy. Kita boleh memilih mana² seat yang kita suka, klik sahaja, dan ianya bertukar menjadi hijau. "R" yang adalah di dalam itu, telah diwartakan untuk 'reserve'.. Mungkin untuk tempahan telefon ataupun untuk pemegang kad visa EON Credit Card-GSC.

Keadaan di atas gambaran situasi pada mlm sebelum hari tayangan.. Namun, ketika sy dan keluarga berada di dalam pawagam, keadaan amat penuh sekali dan sesak. Dan sy, gembira kerana pasti tidak akan ada masalah tempat duduk serta tiket. ;)

Seperti yang sy katakan, ini pengalaman pertama anak kami, melihat wayang.. semestinya sy tidak mahu dia terganggu atau menimbulkan kerenah. Isteri sy, telah memberitahu dari rumah dan sentiasa mengingatkan dia, supaya berkelakuan baik semasa menonton nanti.

Selain itu, sy pasti kan anak kami, kenyangan dan bebas dari tandas.. hehehe. Untuk mengisi kekosongan perut, sy memilih Aidas nasi ayam, yang mana sy fikir tentu anda sendiri mengetahui tempat itu kan. Ianya mudah dan dekat dengan GSC itu sendiri, maka tidak perlu la sy terkejar² nanti.



Tayangan sy adalah jam 2.10PM. Maka sekitar jam 2.00PM, sy dan keluarga telah pun berada di hadapan laluan masuk hall gsc. Penjaga di situ, memaklumkan bahawa penonton dibenarkan masuk 5 minit sebelum tanyan bermula. Anak sy pula.. "Papa, bile nak masuk nie..?".. Jawapan sy, "Hanis kena sabar, kan hanis cakap sabar itu sebahagian daripada iman..". Maka dia pun kembali tenang dan menghiburkan hati melihat poster² besar yang ada di situ.. antara yang menarik perhatian dia adalah.. TRANSFORMER.. hahaha..

Setelah tiba masanya, kami pun dibenarkan masuk ke dalam. Filem sy, di tempatkan di Hall 3, manakala, seat pula adalah E7,E8,E9.. nombor 7 tidak ditinggalkan..hehehe.

Setelah cerita bermula, anak sy kelihatan excited sebab melihat screen yang sangat besar gitu.. sekali sekala, sy pandang dia, dan dia semula lebar kepada sy semula.. Sy berkata "senang hati dan gembira anak papa nie".. kata dalam hati aje. Setelah berlalu seketika, sy lihat dia seperti tidak selesa, disebabkan kerusi yang mudah sangat nak terlipat itu.. Sy dan isteri cuba untuk menjadikan dia selesa. Ada juga kalanya, dia hendak berdiri dihadapan kerusi...pasti tidak boleh sekali, kesian kat org belakang. Dan akhirnya dia baring di atas sy.. Mungkin dier mengantuk kot.. lagipun perut dah kenyang, air cond pulak tuh.. hahaha.

Lepas seketika, dia kembali duduk di kerusi dia. Sekali sekala bercakap dengan mama dia. "Hanis, tengok kartun tak boleh cakap² kan..". Antara yang sempat sy dengar. Dia pun kembali menghayati filem kungfu panda 2 dan terhibur apabila ketika aksi yang melucukan.

Ketika asyik melayan aksi si PO di screen.. ketika babak yang begitu sunyi.. sy terdengar.. "Mama, bila nak balik nie..?".. haa.. sapa yang cakap mcm tuh? Rupa²nya, anak sy yang bercakap.. hahaha..sabar je lah.. Namun dia kembali tenang setelah dipujuk oleh mama dia.

Akhirnya, tamat sudah tayang yang kami tonton. Dan anak kami pun menimba satu pengalaman pengalaman baru.


Dan komen sy tentang kungfu panda 2. Ianya sangat terhibur. Tidak menghampakan.. dengan aksi lucu dan bertenaga, Kalau dikira melalui bintang.. sy beri 4 of 5.. Tak sabar tunggu kungfu panda 3.. ;)


 Sampai kita bertemu lagi... TRIMAS ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...