Pages

Disable Right Click

13 June 2011

Berkelah Di Kuala Kenau, Sungai Lembing

Salam semua,

Semuanya bermula dari sini...


Sahabat baik saya telah "pm" saya melalui akaun FaceBook(FB). Setelah melihat kalendar saya. "Cantek, tak ade apa aktiviti.. line clear".. detik hati saya. Tanpa berlengah lagi, saya pun terus lock kalender saya dan terus mewujudkan 1 event di dalam FB saya...


Setelah dipersetujui, aktiviti berkelah ini akan diadakan pada 12 JUN 2011 iaitu bersamaan dengan hari ahad.

7.30 pagi - Berkumpul di hadapan Kolej Shah Putra.
8.00 pagi - Bertolak ke lokasi.

Secara amnya, kami akan membawa bekalan untuk keluarga masing², dan kami pastikan ianya bukan makanan yang sama.

Dan setelah tiba harinya...

Saya dan isteri telah pun bangkit sekitar jam 5.30pagi. Isteri saya telah pun merancang untuk memasak mee hoon goreng. Manakala saya akan menyediakan roti sandwich sebagai makanan tambahan. Sekitar jam 6.15pagi, kami pun telah menyiapkan tugasan masing-masing lalu terus menyiapkan diri serta menunaikan solat subuh.

Setelah itu, saya mula memasukkan barang bekalan ke dalam bonet kereta. Mee hoon goreng, sandwich, air masak/sirap gula, air soda, tikar dan beg pakaian. Apabila selesai sahaja, saya mula memanaskan enjin kereta. Setelah memastikan keadaan rumah selamat untuk ditinggalkan, saya pun mengejutkan anak kami, "Hanis,bangunan sayang..nak pergi mandi tak". Alhamdulillah, tak la sukar sangat. Memang menjadi amalan kami, sebelum tidur, kami telah memesan kepada dia, yang esok dia perlu bangun awal kerana kami akan pergi berkelah. Memandang keadaan masih pagi, dan aktiviti pun adalah berkelah, isteri saya hanya menyuruh hanis menukarkan baju tidur dia kepada baju mandi.

Tepat kan 7.20pagi, kami pun mula bertolak ke lokasi pertemuaan, iaitu di hadapan Kolej Shah Putra. Kami pun selamat tiba sekitar jam 7.30pagi.


Memandangkan awal lagi, saya pun melepak bersama keluarga saya di hadapan Kolej SP ini. "Papa, jom masuk dalam.." antara celoteh anak saya bila dia melihat bahagian lobby kolej SP itu..



Gambar di atas adalah hasil kerja anak saya ketika mengambil gambar kami. "Hanis, manenyer muke papa".. Dia hanya senyum ketawa dan cuba sekali lagi dan akhirnya dia berjaya..

Jam 7.50pagi, sahabat saya Amirul AR telah pun sampai di tempat pertemuan kami. Dia mohon maaf kerana dia pergi membeli air batu terlebih dahulu. Dan masa masih berbaki 10minit lagi, kami menantikan rakan² lain yang telah bersetuju untuk menyertai berdasarkan respon di dalam FB. Setelah jam 8.00 pagi, tiada di antara mereka yang hadir. Maka kami mengambil keputusan untuk bergerak terus.

Mungkin ramai di antara mereka yang melihat aksi perlawanan bola sepak akhir di antara pasukan Terengganu bertemu Kelantan. Perlawanan tersebut telah mengambil masa yang lama dan berakhir dengan keputusan berpihak kepada pasukan Terengganu. Jadi, mungkin ada di antara mereka tidak cukup tidur. Memandang aktiviti ini adalah secara santai dan tidak secara paksa, kami sudah menjangkan perkara² sebegini akan terjadi. Dengan itu, tak de la mood kami terjejas sangat kan..hehehe

Di ketika perjalanan kami, masih terdapat barang yang tertinggal. Maka kami pun berhenti untuk membelinya. Di kesempatan itu, sempat juga saya merakamkan gambar Gunung Charas...



Berpandukan panduan yang telah kami perolehi, kami pun meneruskan perjalanan kami. Terdapat 2 lokasi untuk aktiviti berkelah di kuala kenau ini. Yang menjadi tumpuan orang ramai adalah lokasi pertama selepas merentasi jambatan kayu atau lebih dikenali sebagai pengkalan kubor. Dan 1 lagi lokasi yang kurang diketahui orang ramai iaitu sungai mas. Namun begitu, lokasi sungai mas berkenaan mula disedari oleh segilintir daripada mereka.


Bergerak dari lokasi pertama, saya membawa sahabat saya ke lokasi pilihan iaitu sungai mas. Sepanjang perjalanan itu, saya dapat rasakan yang sahabat saya mengalami perasaan yang berdebar. Masakan tidak, perjalanan kenderaan kami adalah sangat perlahan, jalan pula ada yang turun ada yang naik, dari jalan berturap hingga ke jalan berbatu dan paling menarik, merentasi penempatan orang asli.

Pastikan anda melihat signboard ini. Ianya perlu, untuk memastikan anda berada di laluan yang betul..


Ya, betul. Kami menuju ke Empangan Chereh. Setelah sampai di lokasi berkenaan, kami pun meninjau keadaan sekitar. Agak mengecewakan saya, kerana lokasi pot yang menjadi pilihan saya telah pun diduduki orang. Maka, saya pun perlu membuat perubahan, dan kami pun membuat tinjau sekitar kawasan tersebut. Kawasan yang kami perlukan adalah selesa dan selamat untuk anak² kami bermandi manda. Dan akhirnya kami berjaya mendapatkan lokasi tersebut.

Tanpa berlengah lagi, kami mula parking kereta dengan selesa dan terus membawa keluar barang² bekalan kami.


Lokasi ini adalah memang terbaek yang saya rasakan.


Itu lah jambatan yang menuju ke Empangan Chereh. Namun kami hanya setengah jalan. Cukup hanya di bawah jambatan..hahaha..

Sahabat saya mula tugasan beliau iaitu membakar bbq..



dan saya pula membersihkan bekalan yang dibawa menggunakan air sungai yang bersih lagi sejuk.. hehehe..


Sementara menantikan ayam dimasak, kami menjamu selera dengan bekalan yang kami bawa seperti mee hoon goreng, sandwich, pulut bakar, karipap dan nasi.





Memang menyelerakan.. disurami bunyi air  sungai yang mengalir. Sambil² membakar, aktiviti manda pun mula beroperasi..






Bila dah penat.. kami pun berhenti untuk mengisi 'minyak'.. hehehe




Bila dah terisi.. apa lagi,kami pun sambung kembali.. hehehe..






Sekian, TRIMAS .. ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...